Isnin, 31 Disember 2012

little bit of practical...

SMKBB2020...
tempat praktikal aku daripada 25 Jun 2012 hingga 19 Oktober 2012....
pada mulanya aku mengajar kelas 1Progresif, 2Aktif, 2Inovatif dengan 4Progresif...
untuk tingkatan 1 hingga 3, kelas Aktif kelas pertama diikuti Progresif, Dinamik dan Inovatif...
untuk tingkatan 4 dan 5 pulak, kelas Sains adalah kelas hadapan diikuti Aktif, Progresif dan Dinamik...
lepas beberapa ketika aku tak mengajar kelas 2Aktif dengan 2Inovatif lagi...
aku ditugaskan pulak mengajar kelas 4Dinamik...
mencabar betul sebab kelas yang aku ajar semuanya boleh dikatakan agak tidak digemari guru-guru...
student memang agak susah dikawal...
memang aku jenis tak mudah marah dan sentiasa senyum walaupun dalam hati agak geram...
gambar kat atas ni masa majlis khatam Al-Quran yang dilangsungkan di sekolah ni...
mereka yang berada di atas ni la peserta-pesertanya...
aku hanya membantu mana yang patut...
majlis-majlis macam ni biasanya banyak mengambil waktu pembelajaran pertama bagi hari jumaat...
kebetulan aku memang ada kelas pada waktu pertama hari jumaat...
boleh dikatakan hampir setiap minggu kelas dibatalkan...
hahahaha aku secara automatik duduk rileks kat dalam bilik guru tunggu kelas relief...
orang lain biasanya dapat relief daripada kertas relief yang disediakan guru yang bertanggungjawab...
aku punya special guru pembimbing aku akan call aku untuk ganti kan dia sepanjang ketiadaan dia dekat dalam sekolah untuk hari tu...
kelas-kelas dia memang mencabar la... haha...
tapi aku suka...
ok lah... nanti aku merapu lagi pasal praktikal aku nie...

Sabtu, 7 Julai 2012

guru pelatih???

tanggal 25 Jun 2012... bermula lah kehidupan aku sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, Tanjong Malim, Perak... name je bandar... tapi student kebanyakannya bukan student bandar pun... memang kampung la student nya... cakap pun style kampung2...

25 Jun 2012... first day... ok lecturer aku suruh datang awal... aku memang dah prepare semua malam sebelum tu... nak dijadikan cerite... aku tak boleh tido la pulak kan... esok nye... aku bangun lambat... pukul 7... ah sudah!!! pegi sekolah da la amik masa 15 minit... kene sampai sebelum 7.20... aku pun dengan kelajuan yang x bape laju mandi, solat subuh tak lupa...

siap semua aku rempit 120... memang tak hengat la aku rempit pagi tu... tapi aku tetap sampai lambat dalam pukul 7.30 jugak sebab aku parking motor je terus lagu Negaraku dimainkan... habis semua lagu dimainkan aku terus pergi pejabat letak beg aku pastu terus turun perhimpunan... baru je lebih kurang 10 minit duduk... kene naik pentas pula perkenalkan diri... nasib baik la first day tu pengetua takde... haha...

abis perhimpunan guru-guru pelatih kumpul kat bilik mesyuarat dengar taklimat yang agak boring... haha... pastu diperkenalkan dengan guru pembimbing... guru pembimbing aku nie guru cemerlang... kat sekolah aku nie ade 2 orang je guru cemerlang... untung la kan aku dapat guru cemerlang jadik pembimbing aku... haha...
kitorang kene pilih minor ape nak ajar... disebabkan subjek perakaunan takde... aku amik la subjek sains... major of course la matematik kn... hehe

pukul 12 camtu baru la kitorang masuk bilik guru... duduk mane meja kosong... kelas relief sume bagi kat guru-guru pelatih yang bertuah... aku tak bertuah sebab tak dapat kelas relief... haha... kul 2.30 tamat la sekolah aku pun terus la balik...